BBM - Tempat Penyimpanan
Bahan Bantu Mengajar (BBM)
BBM ialah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru di dalam kelas untuk menyampaikan pengajaran kepada pelajar. BBM juga dapat menimbulkan keinginan pelajar untuk mengetahui sesuatu serta menjadikan penyampaian pengajaran lebih menarik dan tersusun dan meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran .
Menurut Thomas, R.Murray, Swartout, Sherwin G ( 1963)“ …hanya alat bantu mengajar yang mempunyai komunikatif tinggi yang mampu membantu pelajar memperolehi pengalaman belajar yang berfaedah bagi mengembangkan sikap ilmiahdan sikap sosial, kemantapan emosi dan daya penghargaan.”
BBM ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu:
1) BBM bukan elektronik
- berasaskan papan tulis, buku teks dan papan pamer, grafik model, papan pengajaran, gambar, carta, grafik, model, surat khabar, lukisan, majalah, risalah, nota-nota, kertas kerja, skrip, fail tegak, bingkai carta pusing, kad imbasan, kad cantuman, peta, globe, boneka, diorama, bahan-bahan permainan seperti shahibba ,carta dan sebagainya.
2) BBM berbentuk elektronik
- berasaskan filem tayangan, filem jalur, filem slaid, OHP, projektor LCD, pita video, pita rakaman, piring hitam, kad audio, lutsinar OHP, TV atau VCR, cakera padat audio, komputer, internet dan disket komputer
3) Bahan bercorak pengalaman dan bahan sebenar daripada alam sekitar
- berasaskan lakonan, pantomin, lawatan, projek pameran dan realia.

Berikut merupakan BBM bukan elektronik yang telah saya hasilkan.
Barang-barang yang diperlukan adalah:
- kotak
- bekas minuman (saiz kecil)
- tisu
- warna air dan berus
- alat tulis
- gam putih dan gam uhu
- tongue depressor
- kertas warna
- bahan dekorasi
Cara-cara menyiapkan tempat penyimpanan:
1. Sediakan barang-barang yang diperlukan seperti yang telah dinyatakan di atas.
2. Gunting kotak dalam bentuk segi empat tepat dan balut dengan kertas warna.
3. Gunting bekas minuman pada bahagian atas dan lekatkan tisu pada tepi bekas minuman menggunakan gam putih.
4. Setelah kering, warnakan bekas minuman tadi dengan menggunakan warna air seperti berikut.
5. Bekas minuman yang telah diwarnakan tadi dihias mengikut kreativiti sendiri.
6. Lekatkan bekas minuman yang telah dihias pada kotak segi empat tepat yang telah disediakan.
7. Lekatkan tongue depressor pada bahagian atas belakang kotak yang telah dibalut untuk dijadikan penyangkut.
8. Tempat penyimpanan telah siap. Anda boleh tambah hiasan mengikut kreativiti sendiri agar lebih menarik.
Tempat penyimpanan ini dapat digunakan untuk meletakkan barang yang bersaiz kecil seperti alat tulis, berus gigi, pin tudung dan sebagainnya. Tempat penyimpanan ini boleh digunakan sama ada meletakkan di permukaan yang rata atau menggantungkannya pada penyangkut.
Comments
Post a Comment