Bahan Bantu Mengajar (BBM) BBM ialah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru di dalam kelas untuk menyampaikan pengajaran kepada pelajar. BBM juga dapat menimbulkan keinginan pelajar untuk mengetahui sesuatu serta menjadikan penyampaian pengajaran lebih menarik dan tersusun dan meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran . Menurut Thomas, R.Murray, Swartout, Sherwin G ( 1963)“ …hanya alat bantu mengajar yang mempunyai komunikatif tinggi yang mampu membantu pelajar memperolehi pengalaman belajar yang berfaedah bagi mengembangkan sikap ilmiahdan sikap sosial, kemantapan emosi dan daya penghargaan.” BBM ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu: 1) BBM bukan elektronik - berasaskan papan tulis, buku teks dan papan pamer, grafik model, papan pengajaran, gambar, carta, grafik, model, surat khabar, lukisan, majalah, risalah, nota-nota, kertas kerja, skrip, fail tegak, bingkai carta pusing, kad imbasan, kad cantuman, peta, globe, boneka, diorama, bahan-bahan pe...
Comments
Post a Comment